Monday, May 6, 2013

TAMAT PRU 13 (2013) HALA TUJU MALAYSIA...

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Berakhirnya sebuah proses pengundian bagi membentuk sebuah kerajaan yang akan mentadbir Malaysia untuk tempoh 5 tahun lagi. Proses pengundian ini juga turut mencatatkan sejarah bagi pengundian rakyat Malaysia kerana pengenalan dakwat kekal juga mula diperkenalkan.



Terdapat juga beberapa dakwaan yang mengatakan dakwat kekal tidak bertahan lama seperti yang dikatakan. Selain itu juga pelbagai-bagai spekulasi yang didakwa menggangu proses demokrasi tersebut. Apa-apapun yang telah terjadi keputusan rasmi oleh SPR sudah dikeluarkan.


(KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KERUSI PARLIMEN DAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI 2013)




 STATISTIK KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN YANG DIMENANGI
NEGERIJUMLAH KERUSIBNPASPKRDAPJUMLAH
CLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTB
PERLIS
333
KEDAH
15101415
KELANTAN
145914
TERENGGANU
8448
PULAU PINANG
1333713
PERAK
241223724
PAHANG
141012114
SELANGOR
22549422
W.P. KUALA LUMPUR
1124511
W.P. PUTRAJAYA
111
NEGERI SEMBILAN
85128
MELAKA
64116
JOHOR
26211426
W.P. LABUAN
111
SABAH
25221225
SARAWAK
31251531
JUMLAH222133213038222
CLN- Calon Yang Menang
MTB- Menang tanpa bertanding



KEDUDUKAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG DIMENANGI


NEGERIJUMLAH KERUSIBNPASPKRDAPSTARJUMLAH
CLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTB
PERLIS
15131115
KEDAH
362194236
KELANTAN
451232145
TERENGGANU
321714132
PULAU PINANG
40101101940
PERAK
5931551859
PAHANG
423032742
SELANGOR
561215141556
W.P. KUALA LUMPUR
W.P. PUTRAJAYA
NEGERI SEMBILAN
362231136
MELAKA
28211628
JOHOR
5638411356
W.P. LABUAN
SABAH
604874160
SARAWAK
JUMLAH5052758549951505
CLN- Calon Yang Menang
MTB- Menang tanpa bertanding



Kejutan






Pelbagai kejutan yang telah berlaku didalam PRU 13 ini. Antara kejutan yang telah berlaku ialah tumpasnya penyandang sesuatu kawasan kepada pihak lawan yang kali pertama bertanding dikawasan tersebut.Persaingan sengit berlaku di negeri PERAK dan TERANGGANU. Dua negeri ini seperti mempunyai bilangan kerusi yang hampir seimbang. Penyumbang terbesar bagi kerusi kerajaan adalah dari PAHANG dan SARAWAK. Selain itu kejutan lain ialah kedah yang ditadbir oleh parti pembangkang telah kembali pula ketangan pihak kerajaan. Namun begitu parti pembangkang masih berjaya mengekalkan penguasaan mereka di Negeri berikut iaitu:


  1. Selangor
  2. Kelantan
  3. Pulau Pinang

Perlunya Pembangkang Dan Kerajaan

Didalam sesuatu pemerintahan perlunya kerajaan dan pembangkang. Ini membolehkan keseimbangan didalam sesuatu pentadbiran. Andai kata sesuatu pihak sahaja yang mentadbir didalam sesebuah kerajaan sudah semestinya berlaku kesilapan tanpa disedari kerana tiada pihak yang menegur (pembangkang) di dalam sesuatu tugas yang dilakukan. Oleh kerana itu pembangkang juga memainkan peranan yang penting didalam pentadbiran negara. Perselisihan pendapat jika diselesaikan dengan baik melalui meja rundingan akan membuahkan kebaikan kepada setiap masyarakat. Oleh itu setiap perselisihan pendapat didalam sebuah pentadbiran mestilh diselesaikan dalam suasana yang baik. Jika ini dapat dilakukan penyelesaian yang baik dapat dilakukan bagi memenuhi keperluan semua pihak dan menggelakkan hal-hal berbangkit.

Look Forward



Pandang kehadapan adalah penyelesaian mengenai situasi ini. Keputusan sudah dikeluarkan dan setiap pihak hendaklah menerima keputusan yang ditentukan dengan hati yang terbuka. Sudah tibanya setiap pemimpin yang telah dilantik menunaikan tanggjawab yang diberikan oleh masyarakat dengan sehabis baik. Setiap undi yang diberikan oleh masyarakat kepada pemimipin adalah amanah kepercayaan yang harus dilaksanakan dengan baik. Pihak pembangkang dan pihak kerajaan hendaklah bekerjasama dalam pentadbiran negara tanpa memburuk-burukkan sebelah pihak sahaja. Ini hanya mengeruhkan keadaan disamping merosakkan pemikiran rakyat bagi membenci kepada sebelah pihak sahaja. Masa untuk berpolitik sudah habis, masa berkempen juga telah berlalu dan masa mengundi sudah selesai, tibalah masanya seluruh rakyat Malaysia bersatu menuju kearah kejayaan.....wassalammmm......


Akhir Kata


Dari Abdullah bin Umar r.a, ia berkata ”saya mendengar rasulullah SAW, bersabda: ”setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas semua keluarganya. Seorang bawahan adalah pemimpin bagi harta majikannya, da ia bertanggung jawab atas keselamatan dan keutuhan hartanya itu.Dan kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas segala yang dipimpinnya”. (H.R.Bukhari Muslim)








Malaysia Kita Sudah Berjaya....

No comments:

Post a Comment