Thursday, May 9, 2013

Basikal......dan arus masa......

Basikal dan Arus Masa....





Orang biasa....
Basikal tua....


Perkataan di atas merupakan lirik yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi popular Malaysia iaitu Arwah  Sudirman Bin Haji Arshad diera 80an sehingga 90an.

Begitu besarnya pengertian sebuah basikal ketika itu... Setiap daripada kita mestilah mempunyai kenangan bagaimana kali pertama membawa basikal. Jatuh daripada basikal mestilah kenangan manis disaat ingin belajar membawa basikal. Saat indah lain juga apabila ibu bapa membeli sebuah basikal baru untuk diri kita. Pastinya hati berbunga-bunga...rasa nak kayuh sepanjang kampung untuk menunjukkan basikal baru kita kepada orang ramai. Oleh itu mari saya membawa anda, mengimbas kembali ke era, dimana basikal pernah menjadi pengangkutan utama di dunia pada waktu dulu....


Sejarah Basikal

Setelah ditanya pada pakcik google...dapatlah sejarah penghasilan basikal buat kali pertamanya...


"The dandy horse, also called Draisienne or laufmaschine, was the first human means of transport to use only two wheels in tandem and was invented by the German Baron Karl von Drais. It is regarded as the modern bicycle's forerunner; Drais introduced it to the public inMannheim in summer 1817 and in Paris in 1818.Its rider sat astride a wooden frame supported by two in-line wheels and pushed the vehicle along with his/her feet while steering the front wheel."


Siapa berani kayuhhh.. 
Basikal ini digunakan pada tahun 1868....




Antara jenis basikal dizaman tersebut...






Photobucket



Unik bukan...gambar diatas ini adalah basikal-basikal yang pernah digunakan dizaman tersebut...

Sewaktu penaklukan Jepun  ke Tanah Melayu. Basikal merupakan elemen utama didalam operasi ketenteraan Jepun. Setiap Askar Jepun bergerak keseluruh Tanah Melayu menggunakan basikal...
Gambar dibawah menceritakan sedikit sebanyak peranan basikal diwaktu penaklukan tersebut.






Apabila kemajuan tiba. Semestinya penambahbaikan akan dilakukan terhadap sesebuah ciptaan. Tidak terlepas juga basikal. Pelbagai pengubahan telah dilakukan bagi memudahkan manusia menunggangnya dan bentuk yang terbaru mengikut perubahan zaman.

Kemajuan Didalam Dunia Basikal


Perkembagan yang menarik didalam dunia basikal apabila sukan berbasikal diperkenalkan. Ini merancakkan lagi rekaan terbaru dalam setiap model basikal. Pelbagai penambahbaikan untuk mencipta basikal yang terbaik. Selain itu terdapat juga sukan yang menumpukan tentang kemahiran pengendalian  basikal seperti jenis basikal BMX. Basikal ini lebih kepada kemahiran untuk mempersembahkan gaya yang menarik menggunakan basikal tersebut.




File:BMX bicycle.JPG

A freestyle BMX bike, an example of a bicycle designed for sport




Basikal Lumba

Basikal lumba pula lebih menumpukan mengenai ketahanan badan basikal yang lebih kuat serta ringan. Ini memastikan basikal tersebut lebih mudah bergerak laju.Gambar di bawah menunjukkan sebuah basikal lumba. Binaan untuk basikal ini adalah berbeza dengan binaan basikal yang lain.









Basikal Bukit

Basikal bukit pula berbeza daripada 2 ciri-ciri sebelum ini. Basikal bukit menpunyai penambahan iaitu penyerap hentakan dibahagian depan dan tengah. Ini memasitikan badan basikal tersebut boleh menyerap hentakan jika basikal jatuh dari tempat tinggi.Basikal ini juga mempunyai bunga tayar yang lebih lebar dan berbunga untuk memudahkan pengawalan basikal.








Kepelbagaian Jenis Jenis Basikal....


Basikal fixie



Kegunaan Basikal Dalam Agensi Kerajaan.




Rondaan berbasikal oleh pihak Polis...



Rondaan berbasikal dari ATM

Kesimpulan..... 



Basikal merupakan kenderaan yang masih digunakan dari zaman tercipta basikal sehingga sekarang dan mungkin selama-lamanya. Basikal merupakan kenderaan yang cekap tenaga dan tidak mencemarkan alam. Basikal juga dapat menyihatkan badan pengguna jika digunakan. Jesteru itu saya tidak melihat sedikit pun keburukan penggunaan basikal didalam kehidupan kita. Negara-negara maju didunia lebih mengutamakan penggunaan basikal didalam kawasan bandar. Kesan penggunaan basikal didalam kawasan bandar dapat megurangkan kesesakan lalu lintas serta tidak mencemarkan udara didalam kawasan bandar. Kesihatan pengguna juga bertambah baik. Akhir kata dari saya...... Marilah menjaga kesihatan diri anda dengan berbasikallll...... peace......

1 comment: