Sunday, May 12, 2013

Sukan Dan Undang-undang (SILAT OLAHRAGA)




Sejarah Dan Permulaan Silat Olahraga

Pencak Silat adalah ungkapan yang dipraktikkan di Indonesia, sebaliknya ungkapan Silat dipraktikkan untuk Malaysia khasnya.
Sekarang ini, perkembangan pencak silat bukan sahaja dipraktikkan dalam lingkungan Melayu Nusantara dan seantario dunia, negara-negara Eropah sudah pun puluhan tahun menjalankan aktiviti Pencak Silat sama ada yang dibawa dari negara Indonesia, Malaysia, Singapura atau pun Brunei. Aktiviti Pencak Silat sudah pun berkembang di Benua Afrika, negara-negara Barat, Amerika juga negara Blok Soviet. Ianya banyak dilaksanakan dalam bentuk pertandingan seni dan olahraga.
Silat Olahraga (tanding) adalah sukan berprestasi tinggi telah mendapat tempat di hati pesilat yang selalu mempertandingkan peringkat institut pengajian tinggi, daerah, negeri-negeri juga di peringkat kebangsaan.

Dr. Baharin bin Ibrahim
(Doctor in Martial Arts)
Bekas Jurulatih Negara Malaysia
Pengadil Peringkat Antarabangsa Kelas 1 (Persilat)



Pakaian Seorang Pesilat Olahraga









Gelanggang Perlawanan Silat Olahraga







Acara Silat Olahraga 


Silat Olahraga merangkumi kelas putera dan puteri.

Segala peraturan dan piawaian adalah merujuk kepada PERSILAT dan PESAKA.

Acara yang dipertandingkan adalah :-

Kategori Kelas Putera (Kg) 
Kelas A 45 - 50
Kelas B 50 - 55
Kelas C 55 - 60
Kelas D 60 - 65
Kelas E 65 - 70  
Kelas F 70 - 75
Kelas G 75 -80
Kelas H 80 - 85
Kelas I 85 - 90
Kelas J 90 - 95

Kategori Kelas Puteri (Kg)

Kelas A 45 - 50
Kelas B 50 - 55
Kelas C 55 - 60
Kelas D 60 - 65
Kelas E 65 - 70
Kelas F 70 - 75


Semasa pendaftaran, sesi timbang tidak akan dijalankan, Walaubagaimanapun, peserta DIWAJIBKAN untuk menjalani sesi timbang 10 minit sebelum setiap perlawanan. Jika berat melebihi kategori 
semasa timbang ulang, maka penyertaan pesilat akan dibatalkan.Masa bagi setiap pusingan adalah selama 2 minit dan 3 pusingan akan diperuntukan ( 2, 1, 2) untuk setiap perlawanan . Walaubagaimanapun, ia 
tertakluk kepada sebarang perubahan semasa perlawanan.






Demo perlawanan







KAEDAH PERTANDINGAN 



-Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan Pencak Silat Olahraga, Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa.



-Pertandingan akan dijalankan secara kalah-mati dan setiap perlawanan akan mengandungi tiga (3) pusingan. Tempoh setiap pusingan adalah dua (2) minit dan masa rehat di antara pusingan adalah satu (1) minit.



-Setelah pesilat disahkan layak bertanding dalam kategori yang ditentukan mengikut berat badannya, maka ia akan diundi menentukan jadual perlawanan dalam kategori itu.



-Semua pesilat hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan iaitu lima belas (15) minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika gagal hadir selepas panggilan yang ketiga oleh Ketua Pertandingan, peserta yang berkenaan akan dikira kalah dan kemenangan akan diberi kepada pihak lawannya.



Jenis-jenis Bantingan (Jatuhan )






KEPUTUSAN PERTANDINGAN



Keputusan setiap pertandingan akan diumumkan setelah selesainya setiap kategori yang di pertandingkan dan penyampaian hadiah akan dibuat pada setiap keputusan kategori. 


6 comments:

  1. klw peringkat sekolah kategori berat dia sama ke dengan di atas ??

    ReplyDelete
  2. kalau peringkat sekolah lain, ini biasa nya peringkat kebangsaan atau pun dunia....

    ReplyDelete
  3. Ketentuan berat bukan bergantung kpd peringkat pertandingan, tp mengikut kategori umur. Berat dlm artikel merujuk kpd kategori umur Dewasa. Bagi peringkat sekolah boleh mengikut kategori umur Remaja, Praremaja, atau Usia Dini bergantung kpd khalayak petanding dan kategori pertandingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah kategori umur tu ada satu standard julat(range)? sebab daripada apa yang saya cari online, kategori umur tu macam berbeza-beza ikut penganjurnya

      Delete
  4. apa yg dimaksudkn ketua pertandingan dan dewan wasit juri??

    ReplyDelete