Friday, May 3, 2013

Tanggungjawab Rakyat Malaysia Sebagai Pengundi.........

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sudah menjadi tanggungjawab rakyat malaysia yang telah mencapai syarat untuk mengundi menjalankan tugas tersebut dengan sebaiknya pada 5/5/2013. Sudah semestinya pelbagai kempen dilakukan oleh setiap parti-parti politik yang terlibat untuk menghebahkan pelbagai menifesto bagi memikat bakal pengundi. Semestinya tanggungjawab kita sebagai pengundi memikirkan pelbagai matlamat parti yang telah dijanjikan kepada kita. Oleh itu seharusnya kita memikirkan sejauh manakah kita diyakinkan dengan pelbagai janji yang telah ditaburkan.




Selain itu juga dalam tempoh berkempen ini juga pelbagai kes-kes yang kurang sedap telah didengari. Ini mencerminkan ketidak matangan sesetengah parti dalam menegakkan sesuatu. Namun ada juga pihak mengamalkan kemuafakatan dalam tempoh berkempen. Walaupun berlainan parti mereka tetap bekerjasama dan mengamalkan hubungan yang sihat. Sikap seperti ini sememangnya harus dipuji kerana ia mencerminkan satu suasana yang baik didalam tempoh berkempen. Berpolitik hanya untuk menentukan bakal pemimpin yang layak bagi memimpin, dalam sesebuah masyarakat bukannya untuk memecahkan sesebuah masyarakat. Walaupun apa-apa situasi, seharusnya dilakukan dalam suasana yang sihat.



Medan Menabur Fitnah



Pada musim berkempen ini juga kita juga dihadapkan dengan pelbagai-bagai informasi mengenai sesuatu pemimpin dari pelbagai-bagai parti. Parti A menuduh parti B melakukan kesalahan, manakala parti B menuduh parti A melakukan kesalahan. Bagi yang bersikap penyokong tegar mereka sudah pastinya mempercayai setiap apa yang telah dikatakan oleh parti masing-masing. Bagi yang bersikap atas pagar sudah pastinya mereka berasa (Pening) dengan siapa seharusnya mereka percaya. Melalui situasi ini seharusnya setiap parti bersikap sejujur-jujurnya dengan apa yang berlaku dan apa yang ingin dilakukan kepada masyarakat.


Undi Anda Penentu Masa Depan Negara





Tarikh 5/5/2013 adalah tarikh mengundi untuk menentukan kerajaan yang akan dibentuk untuk 5 tahun yang akan datang. Setelah kerajaan dibentuk adalah masanya untuk setiap ahli politik yang dipilih melakukan tanggungjawab anda dengan penuh amanah dan bukan lagi masa untuk berpolitik sepanjang masa. Ingatlah setiap lapisan masyarakat dibawah anda yang memerlukan pelbagai pembaharuan didalam setiap aspek kehidupan Jesteru itu lakukan dengan penuh hikmah tentang parti mana yang akan anda pangkah... Ucapan saya selamat mengundi.... dan undi adalah rahsia..... wassalammm....

2 comments: