Wednesday, July 1, 2020

Misi 7 2019 ( Thailand & Laos ) Part 3


Part 3 (Last ) Misi 7

Setelah selesai urusan di Oudomxay, pada tengah harinya kami teruskan perjalannan kami ke bokeo, perjalan ini mengambil sekitar 6 jam. Bokeo merupakan satu Kawasan yang bersempadanan dengan Thailand, kami bercadang untuk memasuki Thailand semula dari bokeo. Perjalanan seperti biasa gunung ganang, berdebu dan pemandu yang macam rally sikit. Kami sampai di bokeo lebih kurang senja dalam pukul 7.30 malam. Suasana sejuk dan cantik pula pemandangan dia. Malam tu kami bermalam di guest house bokeo berhadapan dengan stesen bas bokeo. Semua ambik peluang untuk luruskan badan-badan.

Esoknya kami dan janji dengan tuk tuk untuk menghantar kami ke kawasan berhampiran sempadan untuk kami meneruskan perjalan ke Thailand. Kami sampai awal ke sempadan laos dan Thailand. Disini bangunan CAQ di dibina oleh kerajaan China dan terdapat sebuah bangunan tinggi dalam pembinaan. Setelah dibuka kami selesaikan urusan untuk ke Thailand, kami menyeberangi ke Thailand dengan semua bas. Destinasi sebenarnya ialah chiang rai, dan lokasi tepat ialah bang pasai. Sampai je di chiang rai terus pergi 7e, dan berapa hari ikat perut, badan pun dah mula kurus je.hahaha.. sampai je pekena burger terus tersenyum dikaki lima. Dengan pantas kami pun meneruskan perjalanan dengan pacuan 4kali4. Rakan thai kami dan bersedia untuk menjemput di stesen bas. Kami akan akan berada dibang pasai selama 3 hari, untuk menjalankan sedikit aktiviti dan memberi sumbangan.

Di ciang rai juga saya berjumpa dengan peserta mycorp yang tak dapat saya lupakan kerana kami sama-sama meredah ombak menuju ke pulau pangkor. Waktu xpdc tu memang mencabar, tak dapat nak di lupakan dan kekal di ingatan. Sewaktu di bang pasai kami melakukan aktiviti yang melibatkan Pendidikan, walaupun terdapat kekangan bahasa, namun semua cuba sedaya memberikan terbaik. Di sini juga saya sempat bertemu wakil rakyat dari Malaysia, tak sangka rupanya terdapat rakyat Malaysia lain yang memberikan sokongan terhadap perkembangan ilmu di sekolah tersebut. Sekolah tersebut mungumpulkan kanak-kanak miskin yang ingin menuntut ilmu.Sebelum pulang kami sempat memberikan selimut sebagai tanda-tanda kenangan kerana waktu kat sana musim sejuk. Kami semua berpisah di Chiang Rai, sebenarnya banyak lagi peristiwa yang tidak dapat saya kongsikan disini, namun perjalan ini memberi saya nilai baru didalam kehidupan saya. Terima kasih atas kesudian membaca.

Nilai

1. Melalui pandangan saya ketika memahami sosial budaya di kawasan xpdc ini, saya dapati perpaduan merupakan aspek penting dalam kemajuan sesuatu negara. Apabila negara tidak bersatu, terdapat kuasa luar yang akan mengambil peluang untuk mengambil hasil bumi dan kekayaan sesebuah negara.

2. Selain itu saya merasakan sesebuah pejuangan untuk membuat kebaikan harus lah dilakukan dengan ikhlas dan jujur. Ini kerana apabila tiada nilai ini sesebuah perjuangan itu tidak memberikan impak kepada golongan sasaran.

3. Semangat silaturrahim dapat meningkatkan sesebuah ekonomi dan tahap pendidikan. Ini kerana semangat bantu membantu untuk meningkatkan taraf hidup saudara kita.

4. Terakhir ada saya ingin mengatakan bahawa wanita mempunyai kekuatan luar jangka yang hebat. Setiap lelaki memerlukan sokongan dari pasangan anda. Dari pemerhatian saya, wanita mempunyai kekuatan emosi yang hebat dan jika digunakan kearah positif, mesti memberikan kesan yang baik. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada isteri saya atas sokongan sepanjang 10 hari perjalanan ni.

Disclaimer: ini adalah pandangan peribadi saya 😀



Baru sampai ke bokeo....disambut langit cantik



Tengah tunggu bas untuk memasuki Thailand semula...CAQ yang dibina oleh kerajaan China








jumpa geng membelah laut duluu



Semoga berjaya......

No comments:

Post a Comment