Wednesday, July 1, 2020

Misi 7 2019 ( Thailand & Laos ) Part 2


Coretan Misi 7

Part 2.

 Bersambung kita dengan pemandu muda yang sempoi tadi, boleh tengok le dekat gambar jalan dia masih tanah merah lagi dan kawasan puncak gunung juga, mau 2 atau 3 kali ganda lagi dari Cameron Highlands, mungkin 4 tahun lagi rasanya jalan dia akan bertambah baik sbb waktu ni, kerja2 pembaikan sedang dijalankan. Lepas je dari cerun tu tiba lah di puncak, pemandangan dia macam berada atas awan, mungkin masa tu tengah sejuk memang cantik, kadang2 nampak juga la jurang gunung yang jauh, terbayang la perjalanan mcm mana nak naik tadi.

Sampai di Luang Prabang pukul 7 petang, naik tuk tuk pergi la ke guest house, kawasan ni memang banyak pelancong asing, pada malam dia ada pasar malam yang menjual kraf tangan. Banyak juga barang2 yang unik macam sarung bantal, baju dan lain2 lagi. Senang citer semua hasil dari kraf tangan masyarakat desa yang di pasarkan kepada pelancong. Kawasan ini juga terkenal dengan air terjun. Nama dia “Kuang Si waterfall”. Tapi sini tempat transit jer. Objektif sebenar untuk ke oudomxay. Sebab naik bas banyak la transit sebab perjalanan yang jauh. Dikawasan ini agak sukar juga nak cari makanan halal, jadi ada makanan tradisional berasas kan pulut nama dia khao lam tak silapnya. Selain itu boleh juga makan buah sebagai ganti.

 Di Oudomxay terdapat perkampungan muslim minoriti. Disini kami menziarahi saudara dan ingin menghulurkan sedikit sumbangan kepada minoriti muslim dikawasan tersebut. Nak masuk kampung tu pun mencabar juga, jauh ke dalam.

Apa yang boleh kita belajar ialah pertama mereka sangat rajin bekerja mungkin kerana negara sedang membangun, Kedua budak-budak kampung mereka sangat ceria walaupun tidak mempunyai rumah yang mewah dan kemudahan lain. Nampak, bahawa kebahagiaan bukan terletak pada harta benda tapi pada jiwa. Ketiga, negara gunung ganang hutan macam mana pun, jaringan internet tetap mantap, pergi la ceruk mana pun ada jer… nanti saya kongsikan lagi perjalanan dari Luang Prabang ke Oudomxay untuk pergi ke perkampungan minoriti muslim yang berada di Meng Houn… minum kopi dulu…





Ni diaaa... Pemandu sempoi tu...seat kita dkt dgn dia... Boleh nampak kabus tu... Angin tiup nampk la gaung...ni pon nk gerak dah...





Dia spin habis tayar... Berdebu... Dlm bas pon berdebu hbis..sapa nk pi bawa mask... Boleh terbatok2...



Boleh tgk la gunung ganang kawasan dia.. tang ni dah menurun dah...




Dia kira power bar lah niii... Makanan traditional masyarakat laos... Nama dia khaolam..benda ni pulut dan dibalut dgn buluh..ada warna hitam dan warna putih... Nk mkn kena buka buluh dulu... Kalau lapo sangat... Gigit je sekali...





Ni masjid hasil sumbangan warga malaysia...

No comments:

Post a Comment