Wednesday, July 1, 2020

Misi 7 2019 ( Thailand & Laos ) Part 3


Part 3 (Last ) Misi 7

Setelah selesai urusan di Oudomxay, pada tengah harinya kami teruskan perjalannan kami ke bokeo, perjalan ini mengambil sekitar 6 jam. Bokeo merupakan satu Kawasan yang bersempadanan dengan Thailand, kami bercadang untuk memasuki Thailand semula dari bokeo. Perjalanan seperti biasa gunung ganang, berdebu dan pemandu yang macam rally sikit. Kami sampai di bokeo lebih kurang senja dalam pukul 7.30 malam. Suasana sejuk dan cantik pula pemandangan dia. Malam tu kami bermalam di guest house bokeo berhadapan dengan stesen bas bokeo. Semua ambik peluang untuk luruskan badan-badan.

Esoknya kami dan janji dengan tuk tuk untuk menghantar kami ke kawasan berhampiran sempadan untuk kami meneruskan perjalan ke Thailand. Kami sampai awal ke sempadan laos dan Thailand. Disini bangunan CAQ di dibina oleh kerajaan China dan terdapat sebuah bangunan tinggi dalam pembinaan. Setelah dibuka kami selesaikan urusan untuk ke Thailand, kami menyeberangi ke Thailand dengan semua bas. Destinasi sebenarnya ialah chiang rai, dan lokasi tepat ialah bang pasai. Sampai je di chiang rai terus pergi 7e, dan berapa hari ikat perut, badan pun dah mula kurus je.hahaha.. sampai je pekena burger terus tersenyum dikaki lima. Dengan pantas kami pun meneruskan perjalanan dengan pacuan 4kali4. Rakan thai kami dan bersedia untuk menjemput di stesen bas. Kami akan akan berada dibang pasai selama 3 hari, untuk menjalankan sedikit aktiviti dan memberi sumbangan.

Di ciang rai juga saya berjumpa dengan peserta mycorp yang tak dapat saya lupakan kerana kami sama-sama meredah ombak menuju ke pulau pangkor. Waktu xpdc tu memang mencabar, tak dapat nak di lupakan dan kekal di ingatan. Sewaktu di bang pasai kami melakukan aktiviti yang melibatkan Pendidikan, walaupun terdapat kekangan bahasa, namun semua cuba sedaya memberikan terbaik. Di sini juga saya sempat bertemu wakil rakyat dari Malaysia, tak sangka rupanya terdapat rakyat Malaysia lain yang memberikan sokongan terhadap perkembangan ilmu di sekolah tersebut. Sekolah tersebut mungumpulkan kanak-kanak miskin yang ingin menuntut ilmu.Sebelum pulang kami sempat memberikan selimut sebagai tanda-tanda kenangan kerana waktu kat sana musim sejuk. Kami semua berpisah di Chiang Rai, sebenarnya banyak lagi peristiwa yang tidak dapat saya kongsikan disini, namun perjalan ini memberi saya nilai baru didalam kehidupan saya. Terima kasih atas kesudian membaca.

Nilai

1. Melalui pandangan saya ketika memahami sosial budaya di kawasan xpdc ini, saya dapati perpaduan merupakan aspek penting dalam kemajuan sesuatu negara. Apabila negara tidak bersatu, terdapat kuasa luar yang akan mengambil peluang untuk mengambil hasil bumi dan kekayaan sesebuah negara.

2. Selain itu saya merasakan sesebuah pejuangan untuk membuat kebaikan harus lah dilakukan dengan ikhlas dan jujur. Ini kerana apabila tiada nilai ini sesebuah perjuangan itu tidak memberikan impak kepada golongan sasaran.

3. Semangat silaturrahim dapat meningkatkan sesebuah ekonomi dan tahap pendidikan. Ini kerana semangat bantu membantu untuk meningkatkan taraf hidup saudara kita.

4. Terakhir ada saya ingin mengatakan bahawa wanita mempunyai kekuatan luar jangka yang hebat. Setiap lelaki memerlukan sokongan dari pasangan anda. Dari pemerhatian saya, wanita mempunyai kekuatan emosi yang hebat dan jika digunakan kearah positif, mesti memberikan kesan yang baik. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada isteri saya atas sokongan sepanjang 10 hari perjalanan ni.

Disclaimer: ini adalah pandangan peribadi saya 😀



Baru sampai ke bokeo....disambut langit cantik



Tengah tunggu bas untuk memasuki Thailand semula...CAQ yang dibina oleh kerajaan China








jumpa geng membelah laut duluu



Semoga berjaya......

Misi 7 2019 ( Thailand & Laos ) Part 2


Coretan Misi 7

Part 2.

 Bersambung kita dengan pemandu muda yang sempoi tadi, boleh tengok le dekat gambar jalan dia masih tanah merah lagi dan kawasan puncak gunung juga, mau 2 atau 3 kali ganda lagi dari Cameron Highlands, mungkin 4 tahun lagi rasanya jalan dia akan bertambah baik sbb waktu ni, kerja2 pembaikan sedang dijalankan. Lepas je dari cerun tu tiba lah di puncak, pemandangan dia macam berada atas awan, mungkin masa tu tengah sejuk memang cantik, kadang2 nampak juga la jurang gunung yang jauh, terbayang la perjalanan mcm mana nak naik tadi.

Sampai di Luang Prabang pukul 7 petang, naik tuk tuk pergi la ke guest house, kawasan ni memang banyak pelancong asing, pada malam dia ada pasar malam yang menjual kraf tangan. Banyak juga barang2 yang unik macam sarung bantal, baju dan lain2 lagi. Senang citer semua hasil dari kraf tangan masyarakat desa yang di pasarkan kepada pelancong. Kawasan ini juga terkenal dengan air terjun. Nama dia “Kuang Si waterfall”. Tapi sini tempat transit jer. Objektif sebenar untuk ke oudomxay. Sebab naik bas banyak la transit sebab perjalanan yang jauh. Dikawasan ini agak sukar juga nak cari makanan halal, jadi ada makanan tradisional berasas kan pulut nama dia khao lam tak silapnya. Selain itu boleh juga makan buah sebagai ganti.

 Di Oudomxay terdapat perkampungan muslim minoriti. Disini kami menziarahi saudara dan ingin menghulurkan sedikit sumbangan kepada minoriti muslim dikawasan tersebut. Nak masuk kampung tu pun mencabar juga, jauh ke dalam.

Apa yang boleh kita belajar ialah pertama mereka sangat rajin bekerja mungkin kerana negara sedang membangun, Kedua budak-budak kampung mereka sangat ceria walaupun tidak mempunyai rumah yang mewah dan kemudahan lain. Nampak, bahawa kebahagiaan bukan terletak pada harta benda tapi pada jiwa. Ketiga, negara gunung ganang hutan macam mana pun, jaringan internet tetap mantap, pergi la ceruk mana pun ada jer… nanti saya kongsikan lagi perjalanan dari Luang Prabang ke Oudomxay untuk pergi ke perkampungan minoriti muslim yang berada di Meng Houn… minum kopi dulu…





Ni diaaa... Pemandu sempoi tu...seat kita dkt dgn dia... Boleh nampak kabus tu... Angin tiup nampk la gaung...ni pon nk gerak dah...





Dia spin habis tayar... Berdebu... Dlm bas pon berdebu hbis..sapa nk pi bawa mask... Boleh terbatok2...



Boleh tgk la gunung ganang kawasan dia.. tang ni dah menurun dah...




Dia kira power bar lah niii... Makanan traditional masyarakat laos... Nama dia khaolam..benda ni pulut dan dibalut dgn buluh..ada warna hitam dan warna putih... Nk mkn kena buka buluh dulu... Kalau lapo sangat... Gigit je sekali...





Ni masjid hasil sumbangan warga malaysia...

Misi 7 2019 ( Thailand & Laos ) Part 1

Coretan Misi 7...

Part 1

Kenangan perjalanan dari stesen bas Vientiane menuju ke stesen bas luang prabang. Waktu naik dah penuh..perjalanan dia antara 8 ke 10 jam..sbb dia bas henti2.. padat mcm tin sardin... bag depa boh letak atas bumbung... dalam ni ada pelbagai2 negara juga... speaker besar dia boh bawah kaki aku.. hampa bayangkan la... mcm disco dlm bas... duduk pula sebelah makcik loas... agak ramah la.. walau tak berapa fasih ckp bahasa inggeris... tapi kita layan pi la...

Perjalanan disajikan dengan pemandangan bergunung ganang ditemani muzik laos. Mula2 macam tak boleh go... Lama2 layan je la... Naik bas je pemandu bas ingat aku orang laos...
Budak romania pon terus tanya... Local people... Aku ckp la noo... Malaysian... Dia pon kata... Ohh malaysia... Nice country sambil buat isyarat kl twin tower. Kita pon layan la sembang sambil pau kerepek pisang dia beli kat mana ntah.. dalam perjalanan juga dapat la tgk rumah2 kg ditepi gunung ganang. Padi bukit dan ada juga dorang jual ikan kering di tepi2 jalan.


Paling aku gerun... Sampai bukit tinggi... Bas tu boleh pulak mengundur...semua dah suspen... Driver budak muda.. cool je... Aku dah la duduk depan sekali kat cermin...  Dah mcm roller coaster...Pucat dibuatnya... Berpusing2 tayar.. tapi lepas juga... Kalau selekoh pon selamba je dia lipat...nampak la gaung2...sayup2 je.. Perut mmg kecut... Nak tido pon tak jadii...
Tapi yang aku respect kat mat driver ni... Dia ni kalau berhenti mmg on time... Kalau 20 minit.. mmg 20 minit.. budaya ni aku tgk la..mmg bagus.. dan kebanyakan pemuda laos ni tak hisap rokok... Mungkin ini yang boleh kita contohi...nanti next post aku tunjuk gambo mamat tu... Apa2 pon kenangan terindah didalam Misi 7 2019..