Wednesday, July 1, 2020

Misi 7 2019 ( Thailand & Laos ) Part 3


Part 3 (Last ) Misi 7

Setelah selesai urusan di Oudomxay, pada tengah harinya kami teruskan perjalannan kami ke bokeo, perjalan ini mengambil sekitar 6 jam. Bokeo merupakan satu Kawasan yang bersempadanan dengan Thailand, kami bercadang untuk memasuki Thailand semula dari bokeo. Perjalanan seperti biasa gunung ganang, berdebu dan pemandu yang macam rally sikit. Kami sampai di bokeo lebih kurang senja dalam pukul 7.30 malam. Suasana sejuk dan cantik pula pemandangan dia. Malam tu kami bermalam di guest house bokeo berhadapan dengan stesen bas bokeo. Semua ambik peluang untuk luruskan badan-badan.

Esoknya kami dan janji dengan tuk tuk untuk menghantar kami ke kawasan berhampiran sempadan untuk kami meneruskan perjalan ke Thailand. Kami sampai awal ke sempadan laos dan Thailand. Disini bangunan CAQ di dibina oleh kerajaan China dan terdapat sebuah bangunan tinggi dalam pembinaan. Setelah dibuka kami selesaikan urusan untuk ke Thailand, kami menyeberangi ke Thailand dengan semua bas. Destinasi sebenarnya ialah chiang rai, dan lokasi tepat ialah bang pasai. Sampai je di chiang rai terus pergi 7e, dan berapa hari ikat perut, badan pun dah mula kurus je.hahaha.. sampai je pekena burger terus tersenyum dikaki lima. Dengan pantas kami pun meneruskan perjalanan dengan pacuan 4kali4. Rakan thai kami dan bersedia untuk menjemput di stesen bas. Kami akan akan berada dibang pasai selama 3 hari, untuk menjalankan sedikit aktiviti dan memberi sumbangan.

Di ciang rai juga saya berjumpa dengan peserta mycorp yang tak dapat saya lupakan kerana kami sama-sama meredah ombak menuju ke pulau pangkor. Waktu xpdc tu memang mencabar, tak dapat nak di lupakan dan kekal di ingatan. Sewaktu di bang pasai kami melakukan aktiviti yang melibatkan Pendidikan, walaupun terdapat kekangan bahasa, namun semua cuba sedaya memberikan terbaik. Di sini juga saya sempat bertemu wakil rakyat dari Malaysia, tak sangka rupanya terdapat rakyat Malaysia lain yang memberikan sokongan terhadap perkembangan ilmu di sekolah tersebut. Sekolah tersebut mungumpulkan kanak-kanak miskin yang ingin menuntut ilmu.Sebelum pulang kami sempat memberikan selimut sebagai tanda-tanda kenangan kerana waktu kat sana musim sejuk. Kami semua berpisah di Chiang Rai, sebenarnya banyak lagi peristiwa yang tidak dapat saya kongsikan disini, namun perjalan ini memberi saya nilai baru didalam kehidupan saya. Terima kasih atas kesudian membaca.

Nilai

1. Melalui pandangan saya ketika memahami sosial budaya di kawasan xpdc ini, saya dapati perpaduan merupakan aspek penting dalam kemajuan sesuatu negara. Apabila negara tidak bersatu, terdapat kuasa luar yang akan mengambil peluang untuk mengambil hasil bumi dan kekayaan sesebuah negara.

2. Selain itu saya merasakan sesebuah pejuangan untuk membuat kebaikan harus lah dilakukan dengan ikhlas dan jujur. Ini kerana apabila tiada nilai ini sesebuah perjuangan itu tidak memberikan impak kepada golongan sasaran.

3. Semangat silaturrahim dapat meningkatkan sesebuah ekonomi dan tahap pendidikan. Ini kerana semangat bantu membantu untuk meningkatkan taraf hidup saudara kita.

4. Terakhir ada saya ingin mengatakan bahawa wanita mempunyai kekuatan luar jangka yang hebat. Setiap lelaki memerlukan sokongan dari pasangan anda. Dari pemerhatian saya, wanita mempunyai kekuatan emosi yang hebat dan jika digunakan kearah positif, mesti memberikan kesan yang baik. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada isteri saya atas sokongan sepanjang 10 hari perjalanan ni.

Disclaimer: ini adalah pandangan peribadi saya 😀



Baru sampai ke bokeo....disambut langit cantik



Tengah tunggu bas untuk memasuki Thailand semula...CAQ yang dibina oleh kerajaan China








jumpa geng membelah laut duluu



Semoga berjaya......

Misi 7 2019 ( Thailand & Laos ) Part 2


Coretan Misi 7

Part 2.

 Bersambung kita dengan pemandu muda yang sempoi tadi, boleh tengok le dekat gambar jalan dia masih tanah merah lagi dan kawasan puncak gunung juga, mau 2 atau 3 kali ganda lagi dari Cameron Highlands, mungkin 4 tahun lagi rasanya jalan dia akan bertambah baik sbb waktu ni, kerja2 pembaikan sedang dijalankan. Lepas je dari cerun tu tiba lah di puncak, pemandangan dia macam berada atas awan, mungkin masa tu tengah sejuk memang cantik, kadang2 nampak juga la jurang gunung yang jauh, terbayang la perjalanan mcm mana nak naik tadi.

Sampai di Luang Prabang pukul 7 petang, naik tuk tuk pergi la ke guest house, kawasan ni memang banyak pelancong asing, pada malam dia ada pasar malam yang menjual kraf tangan. Banyak juga barang2 yang unik macam sarung bantal, baju dan lain2 lagi. Senang citer semua hasil dari kraf tangan masyarakat desa yang di pasarkan kepada pelancong. Kawasan ini juga terkenal dengan air terjun. Nama dia “Kuang Si waterfall”. Tapi sini tempat transit jer. Objektif sebenar untuk ke oudomxay. Sebab naik bas banyak la transit sebab perjalanan yang jauh. Dikawasan ini agak sukar juga nak cari makanan halal, jadi ada makanan tradisional berasas kan pulut nama dia khao lam tak silapnya. Selain itu boleh juga makan buah sebagai ganti.

 Di Oudomxay terdapat perkampungan muslim minoriti. Disini kami menziarahi saudara dan ingin menghulurkan sedikit sumbangan kepada minoriti muslim dikawasan tersebut. Nak masuk kampung tu pun mencabar juga, jauh ke dalam.

Apa yang boleh kita belajar ialah pertama mereka sangat rajin bekerja mungkin kerana negara sedang membangun, Kedua budak-budak kampung mereka sangat ceria walaupun tidak mempunyai rumah yang mewah dan kemudahan lain. Nampak, bahawa kebahagiaan bukan terletak pada harta benda tapi pada jiwa. Ketiga, negara gunung ganang hutan macam mana pun, jaringan internet tetap mantap, pergi la ceruk mana pun ada jer… nanti saya kongsikan lagi perjalanan dari Luang Prabang ke Oudomxay untuk pergi ke perkampungan minoriti muslim yang berada di Meng Houn… minum kopi dulu…





Ni diaaa... Pemandu sempoi tu...seat kita dkt dgn dia... Boleh nampak kabus tu... Angin tiup nampk la gaung...ni pon nk gerak dah...





Dia spin habis tayar... Berdebu... Dlm bas pon berdebu hbis..sapa nk pi bawa mask... Boleh terbatok2...



Boleh tgk la gunung ganang kawasan dia.. tang ni dah menurun dah...




Dia kira power bar lah niii... Makanan traditional masyarakat laos... Nama dia khaolam..benda ni pulut dan dibalut dgn buluh..ada warna hitam dan warna putih... Nk mkn kena buka buluh dulu... Kalau lapo sangat... Gigit je sekali...





Ni masjid hasil sumbangan warga malaysia...

Misi 7 2019 ( Thailand & Laos ) Part 1

Coretan Misi 7...

Part 1

Kenangan perjalanan dari stesen bas Vientiane menuju ke stesen bas luang prabang. Waktu naik dah penuh..perjalanan dia antara 8 ke 10 jam..sbb dia bas henti2.. padat mcm tin sardin... bag depa boh letak atas bumbung... dalam ni ada pelbagai2 negara juga... speaker besar dia boh bawah kaki aku.. hampa bayangkan la... mcm disco dlm bas... duduk pula sebelah makcik loas... agak ramah la.. walau tak berapa fasih ckp bahasa inggeris... tapi kita layan pi la...

Perjalanan disajikan dengan pemandangan bergunung ganang ditemani muzik laos. Mula2 macam tak boleh go... Lama2 layan je la... Naik bas je pemandu bas ingat aku orang laos...
Budak romania pon terus tanya... Local people... Aku ckp la noo... Malaysian... Dia pon kata... Ohh malaysia... Nice country sambil buat isyarat kl twin tower. Kita pon layan la sembang sambil pau kerepek pisang dia beli kat mana ntah.. dalam perjalanan juga dapat la tgk rumah2 kg ditepi gunung ganang. Padi bukit dan ada juga dorang jual ikan kering di tepi2 jalan.


Paling aku gerun... Sampai bukit tinggi... Bas tu boleh pulak mengundur...semua dah suspen... Driver budak muda.. cool je... Aku dah la duduk depan sekali kat cermin...  Dah mcm roller coaster...Pucat dibuatnya... Berpusing2 tayar.. tapi lepas juga... Kalau selekoh pon selamba je dia lipat...nampak la gaung2...sayup2 je.. Perut mmg kecut... Nak tido pon tak jadii...
Tapi yang aku respect kat mat driver ni... Dia ni kalau berhenti mmg on time... Kalau 20 minit.. mmg 20 minit.. budaya ni aku tgk la..mmg bagus.. dan kebanyakan pemuda laos ni tak hisap rokok... Mungkin ini yang boleh kita contohi...nanti next post aku tunjuk gambo mamat tu... Apa2 pon kenangan terindah didalam Misi 7 2019..





Wednesday, January 15, 2020

Kancil Turbo L6 JBJL Auto


Assalamualaikum dan salam sejahtera.... lama dah rasanya menyepi dalam dunia blog ni, last tajuk pon tak silapnya pasal persediaan hari raya rasanya. Jadi kali ini adalah mengenai dunia permotoran,  hari ini kita akan berkongsi cerita mengenai perodua kancil. Ya, kereta kancil telah melangkah ke tahun 2020, waktu kecil dulu kita sering di ceritakan tentang wawasan 2020. Waktu Pendidikan Seni jer, cikgu suruh gambarkan wawasan 2020, semua tak habis-habis lukis kereta terbang, sekerang ntah apa lah yang terbang. sebelum nak cerita semua layan la dulu kereta kancil zaman 2020 ni... boleh terbang kome oiii...

Haaaa.... macam mana, dasyatkan kereta kancil, kereta ini pernah menjadi kereta yang popular pada waktu dulu. Mungkin kerana kereta ini amat menjimatkan serta mampu milik bagi rakyat malaysia. Sebelum kita bercerita lebih dalam mari kita mengenali sejarah kereta kancil. Sumber adalah dari luar dan dalam negara.


Dalam Negara 



Perodua Kancil (dikenali sebagai Perodua Nippa di pasaran United Kingdom dan Daihatsu Ceria di pasaran Indonesia) merupakan sebuah kereta kecil yang pertama dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua (PERODUA).Ia mula dilancarkan pada tahun 1994. Ia dinamakan Kancil sempena nama seekor binatang bijak yang pernah muncul dalam cerita-cerita kanak-kanak zaman dahulu.

Perodua Kancil merupakan kereta keluaran pertama PERODUA sejak dilancarkan pada 1994. Ia mempunyai 4 pintu dengan keluasan 5 tempat duduk. Perodua Kancil ke-50,000 dilancarkan pada 1996. Perodua Kancil ke-100,000 dilancarkan pada 1997. Perodua Kancil ke-250,000 dilancarkan pada tahun 1999. Tetapi, penjualan Perodua Kancil berhenti pada 2009 dengan penjualan 722,223 buah, dan ia telah bertukar kepada Perodua Kelisa. Kancil merupakan model paling popular terutama kepada pemandu baru dan wanita serta paling banyak digunakan oleh sekolah memandu. Ia kecil, kompak dan menjimatkan dari segi bahan api (RM 10.00 untuk kira-kira 100 kilometer).



Kancil mempunyai 3 model berbeza:



Kancil 660EX - enjin 3 silinder sebaris 659cc menggunakan karburetor, berkuasa 31 hp (22.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper hitam serta jalur pintu.

Kancil 850EX- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan karburetor, berkuasa 37 hp (27.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.


Kancil 850EZi- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan suntikan bahan api, berkuasa 50 hp (36.7 kW), transmisi automatik 3 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.



kancil lompat





Kancil belalang.



Jadi begitu lah sedikit sebanyak sejarah mengenai kancil yang berlaku didalam negara, dan sedikit perubahan kancil tersebut. Ayat biasa geng kancil panggil kancil lompat ke kancil belalang. Mungkin disebabkan kan generasi kancil terakhir ni mempunyai mata bulat macam belalang. Ntah lar....


Dari Luar negara pula.

Kereta model perodua ini sebenarnya berasal dari Jepon, iaitu dari jenis Daihatsu, pelbagai jenis dari model ini dikeluarkan, saya pon tak pakai, tapi kalau tanya dari otai-otai kcar saya rasa mereka lebih pakar untuk menceritakan satu persatu model  kereta tersebut. Apa yang menariknya enjin-enjin dari kereta ini sering dibawa masuk ke Malaysia dan boleh ditukarkan masuk kedalam enjin kereta kancil malaysia. Enjin-enjin kereta jepon ni biasanya mempunyai cc yang sama tapi kelebihannya mempunyai turbo, setakat highway tu nak potong lori memang tak ada hal la walaupon cc kereta tersebut 660. Selain itu juga bahagian-bahagian kereta jepon ini boleh dimasukan kan kedalam jenis perodua kancil. Biasanya bumper, bonet,dashboard,interior,exzos dan lain-lain lagi. Senang cakap nak jadi macam kereta jepon pon boleh la...Jom kita tengok jenis model apa geng kcar malaysia suka pasang kat kereta mereka..





Mira TR-XX Avanzato R4





Daihatsu Mira Moderno


Sebenarnya banyak lagi model dia, saya pon pening juga sebenarnya, ada juga yang kacuk-kacuk. Macam binatang pula. Contoh belakang bonet moderno depan pakai trxx. Tapi apa yang penting, tuan punya kereta gembira, kira okaylah. Part luar kita dah tengok, sekarang enjin pula. Ada pelbagai jenis enjin yang sering digunakan oleh geng Kcar untuk dari segi jantung kereta tersebut. Antaranya 



kancil enjin Avy turbo




Kancil L2 Turbo






Kancil Enjin L5 dan L6, L9


L5



L6





L9




EJ ( Enjin kelisa 1.0 yang dimasukan dalam kancil)


Gambar diatas adalah beberapa jenis enjin yang telah dimasukan kedalam kancil perodua. Dari sudut teknikal memang panjang nak cerita tetapi setiap enjin mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tuan punya kereta kena pandai lah jaga kereta masing-masing.


Jadi, apa kene mengena geng Kcar dengan saya...




Jawapannya saya pon mempunyai sebiji kancil 660 kaburator yang saya ingin modified enjin dia bagi selesa sikit untuk dipandu.




Jadi bergini lah kisah nya, kancil ini telah dibeli oleh isteri ku sewaktu beliau masih lagi menuntut di UIA gombak, kancil ini telah dikeluarkan dari kilang pada tahun 1993 dan kini telah berusia 27 tahun. Pelbagai pengalaman telah dilalui oleh kancil ni berulang alik dari gemas ke gombak. Sewaktu aku berkahwin, kereta ni hanya diletakan di kawasan rumah, pak mentua aku akan selalu la hidupkan enjin. Satu hari aku bertanya kepada isteri ku, kereta kancil tu okay tak? dia kata boleh la, tapi tak berani nak jalan jauh. Waktu ini aku bekerja di Lumut, aku pun merancang nak bawa balik dari gemas ke lumut, setelah pemeriksaan dibuat, aku pon gerak, kancil dengan enjin kaberator 660 memang perjalanan percintaan, sempat la berangan, berfikir apa nak buat dan macam-macam lagi.




Ini lah dia enjin kancil 660



Setelah sampai di Lumut, syukur tiada apa masalah berlaku. Bulan pun berganti bulan, dan pengunaan yang kerap baru la tahu sedikit sebanyak masalah kereta tersebut, ialah dah 27 tahu, nak harap apa lagi. Aku pon mula menukar spring, absorber, mounting dan lain-lain lagi. Tapi penyakit yang paling ketara kereta ini ada lah kaberator dia, sebab apa bila memandu dalam hujan, kaberator kan semput-semput, kadang-kadang mati. Ini memang membahayakan, jadi aku pon bercadang hendak menukar enjin. Pilihannya ialah enjin L6 auto turbo.




Bermula perjalanan ku menghantar kereta tersebut ke selatan tanah air, perancangan yang ingin di buat ialah cat enjin bay, endos, dan pemasangan enjin. Sewaktu hantar tu tengah sibuk sebab akan keluar kawasan jadi kereta kancil tu akan ditinggalkan disitu selama 2 minggu. Kalau mengikut bos kedai tu dalam seminggu kereta tersebut akan siap.



Bermula la untuk turunkan enjin...






Cat warna enjin bay, waktu bincang warna hijau, bila cat warna lain, nak suruh tukar, enjin dah naik..kita bagi mudah la...teruskan kan warna yang sedia cat.







Enjin pon dah masuk, semua dah pasang...





Setelah selesai 2 minggu, saya pon datang la ambil kereta tersebut..





Jadi setelah 2 minggu pakai memang enjin lebih senyap tak macam sebelum ni, hujan pun tak mati dah, bila atas lebuhraya nak potong lori pun mudah sebab pakai turbo jadi lebih mantap la..

Kusangka panas sampai petang, rupanya hujan ditengah hari...
tanda-tanda mula kelihatan...

Pertama

Bila buka aircond dah mula bunyi tikus...bunyi skru jatuh pun ada..aircond pon dan keluar angin jer....aduiii mula rasa frust..bagi tahu kat bengkel tu..dia pulak suruh kita buka bahagian tu...mana la kita tahu...alahaiii..

Kedua

Tergerak hati nak cek enjin jumpa pulak macam head crack sebab karat..dibawah ada gambar yang telah dibulatkan....baru jumpa kecewa lagii...






Ketiga

Jumpa pula banyak skru seat bnyk tak ikat...pintu bonet belakang....pon tak ikat balik....alahaii....

Sekarang tunggu ada modal sikit mmg nak hantar ke Lee Paka la pula...disebabkan minat dengan k car, saya teruskan la perjuangan... mmg payah nak jumpa bengkel yang betul-betul buat dengan baik.
harap setiap bengkel buat kereta pelanggan, buat lar seperti kereta sendiri.

Kepada bos-bos enjin halfcut, jangan la mulut manis je bila sembang...bila buat macam tah hape2...

Kesimpulan tentang pengubahsuaian kereta ini terdapat beberapa perkara yang saya rasa masih ada ruang yang boleh bengkel tersebut perbaiki.

1.Komunikasi beliau dengan pekerja, contoh macam enjin bay, bincang warna hijau naik warna lain.
2. Waktu tukar kata aircond mantap, bawa seminggu bunyi macam tikus lari dalam stor.
3. Setiap skru yang di cabut, hendaklah dipasang semula, skru pon ntah kemana, black tape wiyiring enjin pon masih ada dalam enjin kereta.
4. Waktu jalan boleh dengar skru jatuh dari bawah kereta, dan skru aircond pun ada jatuh.
5. Mungkin bila nak serah kereta pada pemilik, periksa dulu paip air wiper, nak balik macam-macam tak ada.
6. Penukaran barang last minit dan tidak clear, last-last kata tu tukar ini tukar, kos pon meningkat. Perlu beritahu la dulu kepada pemilik.

Jadi saya tak berapa sarankan kan kepada sesiapa yang ingin mengubah enjin kereta di kawasan selatan, nak hantar balik pon tak padan sebab dengan tol kos minyak dan penat badan.Tetapi saya sempat membuat kajian melihat di kawasan kuantan terdapat bengkel tip top ia itu lee paka.

Saya sering follow dia, cara kerja memang puas hati dan kemas. Bagi barang-barang spare part atau interior dekat fb memang banyak, yang boleh di percayai kat Fb "May May", saya kenal dia waktu duduk di lumut dulu. Bagi sesiapa yang ingin mempelajari melalui utube pula anda boleh pergi u tube dan search sebab banyak dah orang berkongsi cara untuk servis enjin ubahsuai kancil.


Ni sifu lagend dari luar negara main enjin L5, apa-apa boleh komen je dekat utube dia, secara personal bnyak juga aku tanya dia.

senarai channel modifikasi enjin L5 dan L6

1. https://www.youtube.com/channel/UC4Zj17ncdnWWRBLODk6Zn8A
2. https://www.youtube.com/channel/UCORs-T_YMDpnMvPTEBl3cEg


19/4/2020

Hari ni macam tergerak pula hati nak cek kereta. Iye lah musim pkp ni apa nak buat lagi. Kita pon cek kereta la..jumpa pula benda baru yang nak kena perbaiki.

ni dia belting aircond putus. Baru memasuki bulan ke 4 penggunaan. Jadi sesiapa yang ingin tukar enjin turbo kancil dari halfcut tu jangan lupa untuk cek juga tali belting supaya kita tidak susah pada kemudian hari.

 Kalau ada rezeki upgrade la heat gasket supaya enjin dalam keadaan yang terbaik.






Pada tanggal 25/6/2020 tamat lah penglibatan ku dalam kereta kancil. Setelah lama kereta tidak berjalan semenjak pkp aku bercadang untuk pergi ke bahau menaiki kancil. Setelah melepasi lampu isyarat aku pon meneruskan perjalanan, tiba-tiba kereta ku pandu tidak dapat dikawal.
Aku pon memilih tiang usang sebagai target. Boom bunyi air bag, kereta terbalik, cermin depan pun pecah, setelah terbalik aku pun terus keluar dari kereta, pertama sekali yang terlintas dalam kepala ialah tenang dulu. Kemudian mengucapkan syukur kerana tidak melibatkan kemalangan nyawa serta kelukaan. Aku cuma ting tong sikit sbb air bag tu meletop, kuat juga bunyi dia. Dua tiga hari juga telinga aku berdesing, tapi aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur.