Coretan Misi 7
Part 2.
Bersambung kita
dengan pemandu muda yang sempoi tadi, boleh tengok le dekat gambar jalan dia
masih tanah merah lagi dan kawasan puncak gunung juga, mau 2 atau 3 kali ganda
lagi dari Cameron Highlands, mungkin 4 tahun lagi rasanya jalan dia akan
bertambah baik sbb waktu ni, kerja2 pembaikan sedang dijalankan. Lepas je dari
cerun tu tiba lah di puncak, pemandangan dia macam berada atas awan, mungkin
masa tu tengah sejuk memang cantik, kadang2 nampak juga la jurang gunung yang
jauh, terbayang la perjalanan mcm mana nak naik tadi.
Sampai di Luang Prabang pukul 7 petang, naik tuk tuk pergi
la ke guest house, kawasan ni memang banyak pelancong asing, pada malam dia ada
pasar malam yang menjual kraf tangan. Banyak juga barang2 yang unik macam
sarung bantal, baju dan lain2 lagi. Senang citer semua hasil dari kraf tangan
masyarakat desa yang di pasarkan kepada pelancong. Kawasan ini juga terkenal
dengan air terjun. Nama dia “Kuang Si waterfall”. Tapi sini tempat transit jer.
Objektif sebenar untuk ke oudomxay. Sebab naik bas banyak la transit sebab
perjalanan yang jauh. Dikawasan ini agak sukar juga nak cari makanan halal,
jadi ada makanan tradisional berasas kan pulut nama dia khao lam tak silapnya.
Selain itu boleh juga makan buah sebagai ganti.
Di Oudomxay terdapat
perkampungan muslim minoriti. Disini kami menziarahi saudara dan ingin
menghulurkan sedikit sumbangan kepada minoriti muslim dikawasan tersebut. Nak
masuk kampung tu pun mencabar juga, jauh ke dalam.
Apa yang boleh kita belajar ialah pertama mereka sangat
rajin bekerja mungkin kerana negara sedang membangun, Kedua budak-budak kampung
mereka sangat ceria walaupun tidak mempunyai rumah yang mewah dan kemudahan
lain. Nampak, bahawa kebahagiaan bukan terletak pada harta benda tapi pada
jiwa. Ketiga, negara gunung ganang hutan macam mana pun, jaringan internet
tetap mantap, pergi la ceruk mana pun ada jer… nanti saya kongsikan lagi
perjalanan dari Luang Prabang ke Oudomxay untuk pergi ke perkampungan minoriti
muslim yang berada di Meng Houn… minum kopi dulu…
Ni diaaa... Pemandu sempoi tu...seat kita dkt dgn dia...
Boleh nampak kabus tu... Angin tiup nampk la gaung...ni pon nk gerak dah...
Dia spin habis tayar... Berdebu... Dlm bas pon berdebu
hbis..sapa nk pi bawa mask... Boleh terbatok2...
Boleh tgk la gunung ganang kawasan dia.. tang ni dah menurun
dah...
No comments:
Post a Comment