Part 3 (Last ) Misi 7
Setelah selesai urusan di Oudomxay, pada tengah harinya kami
teruskan perjalannan kami ke bokeo, perjalan ini mengambil sekitar 6 jam. Bokeo
merupakan satu Kawasan yang bersempadanan dengan Thailand, kami bercadang untuk
memasuki Thailand semula dari bokeo. Perjalanan seperti biasa gunung ganang,
berdebu dan pemandu yang macam rally sikit. Kami sampai di bokeo lebih kurang
senja dalam pukul 7.30 malam. Suasana sejuk dan cantik pula pemandangan dia.
Malam tu kami bermalam di guest house bokeo berhadapan dengan stesen bas bokeo.
Semua ambik peluang untuk luruskan badan-badan.
Esoknya kami dan janji dengan tuk tuk untuk menghantar kami
ke kawasan berhampiran sempadan untuk kami meneruskan perjalan ke Thailand.
Kami sampai awal ke sempadan laos dan Thailand. Disini bangunan CAQ di dibina
oleh kerajaan China dan terdapat sebuah bangunan tinggi dalam pembinaan.
Setelah dibuka kami selesaikan urusan untuk ke Thailand, kami menyeberangi ke
Thailand dengan semua bas. Destinasi sebenarnya ialah chiang rai, dan lokasi
tepat ialah bang pasai. Sampai je di chiang rai terus pergi 7e, dan berapa hari
ikat perut, badan pun dah mula kurus je.hahaha.. sampai je pekena burger terus
tersenyum dikaki lima. Dengan pantas kami pun meneruskan perjalanan dengan
pacuan 4kali4. Rakan thai kami dan bersedia untuk menjemput di stesen bas. Kami
akan akan berada dibang pasai selama 3 hari, untuk menjalankan sedikit aktiviti
dan memberi sumbangan.
Di ciang rai juga saya berjumpa dengan peserta mycorp yang
tak dapat saya lupakan kerana kami sama-sama meredah ombak menuju ke pulau
pangkor. Waktu xpdc tu memang mencabar, tak dapat nak di lupakan dan kekal di
ingatan. Sewaktu di bang pasai kami melakukan aktiviti yang melibatkan
Pendidikan, walaupun terdapat kekangan bahasa, namun semua cuba sedaya
memberikan terbaik. Di sini juga saya sempat bertemu wakil rakyat dari
Malaysia, tak sangka rupanya terdapat rakyat Malaysia lain yang memberikan
sokongan terhadap perkembangan ilmu di sekolah tersebut. Sekolah tersebut
mungumpulkan kanak-kanak miskin yang ingin menuntut ilmu.Sebelum pulang kami
sempat memberikan selimut sebagai tanda-tanda kenangan kerana waktu kat sana
musim sejuk. Kami semua berpisah di Chiang Rai, sebenarnya banyak lagi
peristiwa yang tidak dapat saya kongsikan disini, namun perjalan ini memberi
saya nilai baru didalam kehidupan saya. Terima kasih atas kesudian membaca.
Nilai
1. Melalui pandangan saya ketika memahami sosial budaya di
kawasan xpdc ini, saya dapati perpaduan merupakan aspek penting dalam kemajuan
sesuatu negara. Apabila negara tidak bersatu, terdapat kuasa luar yang akan
mengambil peluang untuk mengambil hasil bumi dan kekayaan sesebuah negara.
2. Selain itu saya merasakan sesebuah pejuangan untuk
membuat kebaikan harus lah dilakukan dengan ikhlas dan jujur. Ini kerana
apabila tiada nilai ini sesebuah perjuangan itu tidak memberikan impak kepada
golongan sasaran.
3. Semangat silaturrahim dapat meningkatkan sesebuah ekonomi
dan tahap pendidikan. Ini kerana semangat bantu membantu untuk meningkatkan
taraf hidup saudara kita.
4. Terakhir ada saya ingin mengatakan bahawa wanita
mempunyai kekuatan luar jangka yang hebat. Setiap lelaki memerlukan sokongan
dari pasangan anda. Dari pemerhatian saya, wanita mempunyai kekuatan emosi yang
hebat dan jika digunakan kearah positif, mesti memberikan kesan yang baik. Saya
ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada isteri saya atas
sokongan sepanjang 10 hari perjalanan ni.
Disclaimer: ini adalah pandangan peribadi saya 😀
Baru sampai ke bokeo....disambut langit cantik
Tengah tunggu bas untuk memasuki Thailand semula...CAQ yang
dibina oleh kerajaan China
jumpa geng membelah laut duluu
Semoga berjaya......