Dalam Negara
Perodua
Kancil (dikenali sebagai Perodua Nippa di pasaran United Kingdom dan Daihatsu
Ceria di pasaran Indonesia) merupakan sebuah kereta kecil yang pertama
dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua (PERODUA).Ia mula dilancarkan pada
tahun 1994. Ia dinamakan Kancil sempena nama seekor binatang bijak yang pernah
muncul dalam cerita-cerita kanak-kanak zaman dahulu.
Perodua
Kancil merupakan kereta keluaran pertama PERODUA sejak dilancarkan pada 1994.
Ia mempunyai 4 pintu dengan keluasan 5 tempat duduk. Perodua Kancil ke-50,000
dilancarkan pada 1996. Perodua Kancil ke-100,000 dilancarkan pada 1997. Perodua
Kancil ke-250,000 dilancarkan pada tahun 1999. Tetapi, penjualan Perodua Kancil
berhenti pada 2009 dengan penjualan 722,223 buah, dan ia telah bertukar kepada
Perodua Kelisa. Kancil merupakan model paling popular terutama kepada pemandu
baru dan wanita serta paling banyak digunakan oleh sekolah memandu. Ia kecil,
kompak dan menjimatkan dari segi bahan api (RM 10.00 untuk kira-kira 100
kilometer).
Kancil
mempunyai 3 model berbeza:
Kancil 660EX
- enjin 3 silinder sebaris 659cc menggunakan karburetor, berkuasa 31 hp (22.8
kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper hitam serta jalur pintu.
Kancil 850EX-
enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan karburetor, berkuasa 37 hp (27.8
kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.
Kancil
850EZi- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan suntikan bahan api, berkuasa
50 hp (36.7 kW), transmisi automatik 3 kelajuan, bumper berwarna serta jalur
pintu.
kancil lompat
Kancil belalang.
Jadi begitu lah sedikit sebanyak sejarah mengenai kancil yang berlaku didalam negara, dan sedikit perubahan kancil tersebut. Ayat biasa geng kancil panggil kancil lompat ke kancil belalang. Mungkin disebabkan kan generasi kancil terakhir ni mempunyai mata bulat macam belalang. Ntah lar....
Dari Luar negara pula.
Kereta model perodua ini sebenarnya berasal dari Jepon, iaitu dari jenis Daihatsu, pelbagai jenis dari model ini dikeluarkan, saya pon tak pakai, tapi kalau tanya dari otai-otai kcar saya rasa mereka lebih pakar untuk menceritakan satu persatu model kereta tersebut. Apa yang menariknya enjin-enjin dari kereta ini sering dibawa masuk ke Malaysia dan boleh ditukarkan masuk kedalam enjin kereta kancil malaysia. Enjin-enjin kereta jepon ni biasanya mempunyai cc yang sama tapi kelebihannya mempunyai turbo, setakat highway tu nak potong lori memang tak ada hal la walaupon cc kereta tersebut 660. Selain itu juga bahagian-bahagian kereta jepon ini boleh dimasukan kan kedalam jenis perodua kancil. Biasanya bumper, bonet,dashboard,interior,exzos dan lain-lain lagi. Senang cakap nak jadi macam kereta jepon pon boleh la...Jom kita tengok jenis model apa geng kcar malaysia suka pasang kat kereta mereka..
Mira TR-XX Avanzato R4
Daihatsu Mira Moderno
Sebenarnya banyak lagi model dia, saya pon pening juga sebenarnya, ada juga yang kacuk-kacuk. Macam binatang pula. Contoh belakang bonet moderno depan pakai trxx. Tapi apa yang penting, tuan punya kereta gembira, kira okaylah. Part luar kita dah tengok, sekarang enjin pula. Ada pelbagai jenis enjin yang sering digunakan oleh geng Kcar untuk dari segi jantung kereta tersebut. Antaranya
kancil enjin Avy turbo
Kancil L2 Turbo
Kancil Enjin L5 dan L6, L9
L5
L6
L9
EJ ( Enjin kelisa 1.0 yang dimasukan dalam kancil)
Gambar diatas adalah beberapa jenis enjin yang telah dimasukan kedalam kancil perodua. Dari sudut teknikal memang panjang nak cerita tetapi setiap enjin mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tuan punya kereta kena pandai lah jaga kereta masing-masing.
Jadi, apa kene mengena geng Kcar dengan saya...
Jawapannya saya pon mempunyai sebiji kancil 660 kaburator yang saya ingin modified enjin dia bagi selesa sikit untuk dipandu.
Jadi bergini lah kisah nya, kancil ini telah dibeli oleh isteri ku sewaktu beliau masih lagi menuntut di UIA gombak, kancil ini telah dikeluarkan dari kilang pada tahun 1993 dan kini telah berusia 27 tahun. Pelbagai pengalaman telah dilalui oleh kancil ni berulang alik dari gemas ke gombak. Sewaktu aku berkahwin, kereta ni hanya diletakan di kawasan rumah, pak mentua aku akan selalu la hidupkan enjin. Satu hari aku bertanya kepada isteri ku, kereta kancil tu okay tak? dia kata boleh la, tapi tak berani nak jalan jauh. Waktu ini aku bekerja di Lumut, aku pun merancang nak bawa balik dari gemas ke lumut, setelah pemeriksaan dibuat, aku pon gerak, kancil dengan enjin kaberator 660 memang perjalanan percintaan, sempat la berangan, berfikir apa nak buat dan macam-macam lagi.
Ini lah dia enjin kancil 660
Setelah sampai di Lumut, syukur tiada apa masalah berlaku. Bulan pun berganti bulan, dan pengunaan yang kerap baru la tahu sedikit sebanyak masalah kereta tersebut, ialah dah 27 tahu, nak harap apa lagi. Aku pon mula menukar spring, absorber, mounting dan lain-lain lagi. Tapi penyakit yang paling ketara kereta ini ada lah kaberator dia, sebab apa bila memandu dalam hujan, kaberator kan semput-semput, kadang-kadang mati. Ini memang membahayakan, jadi aku pon bercadang hendak menukar enjin. Pilihannya ialah enjin L6 auto turbo.
Bermula perjalanan ku menghantar kereta tersebut ke selatan tanah air, perancangan yang ingin di buat ialah cat enjin bay, endos, dan pemasangan enjin. Sewaktu hantar tu tengah sibuk sebab akan keluar kawasan jadi kereta kancil tu akan ditinggalkan disitu selama 2 minggu. Kalau mengikut bos kedai tu dalam seminggu kereta tersebut akan siap.
Bermula la untuk turunkan enjin...
Cat warna enjin bay, waktu bincang warna hijau, bila cat warna lain, nak suruh tukar, enjin dah naik..kita bagi mudah la...teruskan kan warna yang sedia cat.
Enjin pon dah masuk, semua dah pasang...
Setelah selesai 2 minggu, saya pon datang la ambil kereta tersebut..
Kusangka panas sampai petang, rupanya hujan ditengah hari...
tanda-tanda mula kelihatan...
Pertama
Bila buka aircond dah mula bunyi tikus...bunyi skru jatuh pun ada..aircond pon dan keluar angin jer....aduiii mula rasa frust..bagi tahu kat bengkel tu..dia pulak suruh kita buka bahagian tu...mana la kita tahu...alahaiii..
Kedua
Tergerak hati nak cek enjin jumpa pulak macam head crack sebab karat..dibawah ada gambar yang telah dibulatkan....baru jumpa kecewa lagii...
Ketiga
Jumpa pula banyak skru seat bnyk tak ikat...pintu bonet belakang....pon tak ikat balik....alahaii....
Sekarang tunggu ada modal sikit mmg nak hantar ke Lee Paka la pula...disebabkan minat dengan k car, saya teruskan la perjuangan... mmg payah nak jumpa bengkel yang betul-betul buat dengan baik.
harap setiap bengkel buat kereta pelanggan, buat lar seperti kereta sendiri.
Kepada bos-bos enjin halfcut, jangan la mulut manis je bila sembang...bila buat macam tah hape2...
Kesimpulan tentang pengubahsuaian kereta ini terdapat beberapa perkara yang saya rasa masih ada ruang yang boleh bengkel tersebut perbaiki.
1.Komunikasi beliau dengan pekerja, contoh macam enjin bay, bincang warna hijau naik warna lain.
2. Waktu tukar kata aircond mantap, bawa seminggu bunyi macam tikus lari dalam stor.
3. Setiap skru yang di cabut, hendaklah dipasang semula, skru pon ntah kemana, black tape wiyiring enjin pon masih ada dalam enjin kereta.
4. Waktu jalan boleh dengar skru jatuh dari bawah kereta, dan skru aircond pun ada jatuh.
5. Mungkin bila nak serah kereta pada pemilik, periksa dulu paip air wiper, nak balik macam-macam tak ada.
6. Penukaran barang last minit dan tidak clear, last-last kata tu tukar ini tukar, kos pon meningkat. Perlu beritahu la dulu kepada pemilik.
Jadi saya tak berapa sarankan kan kepada sesiapa yang ingin mengubah enjin kereta di kawasan selatan, nak hantar balik pon tak padan sebab dengan tol kos minyak dan penat badan.Tetapi saya sempat membuat kajian melihat di kawasan kuantan terdapat bengkel tip top ia itu lee paka.
Saya sering follow dia, cara kerja memang puas hati dan kemas. Bagi barang-barang spare part atau interior dekat fb memang banyak, yang boleh di percayai kat Fb "May May", saya kenal dia waktu duduk di lumut dulu. Bagi sesiapa yang ingin mempelajari melalui utube pula anda boleh pergi u tube dan search sebab banyak dah orang berkongsi cara untuk servis enjin ubahsuai kancil.
Ni sifu lagend dari luar negara main enjin L5, apa-apa boleh komen je dekat utube dia, secara personal bnyak juga aku tanya dia.
senarai channel modifikasi enjin L5 dan L6
1. https://www.youtube.com/channel/UC4Zj17ncdnWWRBLODk6Zn8A
2. https://www.youtube.com/channel/UCORs-T_YMDpnMvPTEBl3cEg
19/4/2020
Hari ni macam tergerak pula hati nak cek kereta. Iye lah musim pkp ni apa nak buat lagi. Kita pon cek kereta la..jumpa pula benda baru yang nak kena perbaiki.
ni dia belting aircond putus. Baru memasuki bulan ke 4 penggunaan. Jadi sesiapa yang ingin tukar enjin turbo kancil dari halfcut tu jangan lupa untuk cek juga tali belting supaya kita tidak susah pada kemudian hari.
Kalau ada rezeki upgrade la heat gasket supaya enjin dalam keadaan yang terbaik.
Pada tanggal 25/6/2020 tamat lah penglibatan ku dalam kereta kancil. Setelah lama kereta tidak berjalan semenjak pkp aku bercadang untuk pergi ke bahau menaiki kancil. Setelah melepasi lampu isyarat aku pon meneruskan perjalanan, tiba-tiba kereta ku pandu tidak dapat dikawal.
Aku pon memilih tiang usang sebagai target. Boom bunyi air bag, kereta terbalik, cermin depan pun pecah, setelah terbalik aku pun terus keluar dari kereta, pertama sekali yang terlintas dalam kepala ialah tenang dulu. Kemudian mengucapkan syukur kerana tidak melibatkan kemalangan nyawa serta kelukaan. Aku cuma ting tong sikit sbb air bag tu meletop, kuat juga bunyi dia. Dua tiga hari juga telinga aku berdesing, tapi aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur.
Salam..bang boleh kawan tau kat mana tempat yang awak buat terkena tu, risau jugalah kalau2 terhantar tempat yang sama.. sebab kawan dalam proses cari tempat yang cun nak buat enjin ni area jb..
ReplyDeleteSalam, sy dah reply dkt email, sorry lmbt
DeleteAssalamualaikum tuan. Saya faizal dari Kulai. Boleh kongsikan kat bengkel mana yg tuan buat. Risau juga kut terhantar ke situ. Ada plan nak restore kancil ni.
Deletefacebook,com
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan. Saya faizal dari Kulai. Boleh kongsikan kat bengkel mana yg tuan buat. Risau juga kut terhantar ke situ. Ada plan nak restore kancil ni.
ReplyDeleteGreat and that i have a swell offer: Whole House Renovation Cost Calculator house renos before and after
ReplyDelete