Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-
- Pepejal (Ais)
- Cecair (Air)
- Gas (Wap)
Setiap kehidupan diatas muka bumi ini memerlukan air untuk terus hidup. Jesteru itu ia merupakan keperluan asas oleh setiap kehidupan diatas muka bumi ini. Formula kimia bagi air ialah H20 dimana gabungan dua atom hidrogen dan 1 atom oksigen.
Rawatan Air
Rawatan air adalah perlu sebelum air tersebut dapat disalirkan kepada pengguna dan industri. Tahukah anda bagaimana air tersebut diambil, dirawat dan seterusnya disalirkan kepada rumah anda....Adakah anda tahu....?
Carta dibawah menerangkan kepada kita secara ringkas tentang proses rawatan air yang biasa digunakan dalam proses rawatan air di Malaysia. Namun setiap proses adalah berbeza-beza mengikut tahap :
- Kualiti Air
- Tahap pencemaran air
- Mengikut kesesuaian air dan tempat
PROSES RAWATAN AIR
1. Intake (Muka Sauk)
"Intake" atau dalam Bahasa dipanggil muka sauk ialah tempat pengambilan sumber air untuk diproses.
Terdapat dua jenis sumber yang boleh diperolehi di Malaysia iaitu sumber permukaan dan sumber bawah permukaan.
1.1 Sumber Permukaan
Sumber permukaan ialah sumber yang diambil diatas permukaan bumi seperti tasik, sungai, kolam dan sebagainya. Contohnya seperti gambar dibawah:
Sungai
Tasik
1.2 Sumber Bawah Permukaan
Sumber bawah permukaan adalah sumber air yang diperolehi daripada permukaan bumi. Contohnya seperti telaga yang digali daribawah tanah dan dikeluarkan sebelum diproses. Air seperti ini dipanggil air meneral.
2. Pengudaraan (Aeration )
Pengudaraan adalah proses mencampurkan kandungan oksigen kedalam air. Gambar rajah diatas menunjukkan bagaimana proses untuk mencampurkan kandungan oksigen kedalam air. Air akan diterjukan dari tempat yang tinggi supaya kandungan air dapat bercampur dengan oksigen. Proses ini dapat menghilangkan bau yang terdapat di dalam air.
3.Koagulasi dan Flokulasi
Proses koagulasi adalah merupakan proses yang pening dalam sistem rawawtan air Proses ini melibatkan penggunaan bahan kimia iaitu garam besi dan aluminium Bahan tersebut akan bertindak meneutralkan koloid dan membentuk floks atau amapaian halus dan tidak stabil
Manakala flokasi pula ialah proses yang melibatkan atau pembesaran yang mewujudkan floks daripada koagulasi iaitu dimana floks akan bercantum menjadi lebih besar dengan aliran air yang lebih perlahan.
5.Sedimentasi
Proses ini adalah proses pemendapan floks kedasar tangki pemendapan secara perlahan-lahan melalui tarikan graviti Floks yang terhasil oleh proses sebelumnya akan memisahkan air yang bersih dan flok.
6.Penapisan
Proses ini adalah setelah kekotoran telah dimendapkan masih terdapat juga sedikit kekotoran yang mungkin terdapat didalam kandungan air tersebut. Oleh itu diperingkat penapisan ini, air akan ditapis sekali lagi bagi memastikan air tersebut bebas dari segala kekotoran.
7. Tangki Simpanan
Pengagihan Air
-Takungan Perkhidmatan
-Tangki Imbangan
-Stesen Pengemapan
Itulah sedikit sebanyak bagaimana proses rawatan air, dibawah adalah video cara proses rawatan air sebelum disalirkan kepada pengguna.
7. Tangki Simpanan
Pengagihan Air
-Takungan Perkhidmatan
-Tangki Imbangan
-Stesen Pengemapan
Itulah sedikit sebanyak bagaimana proses rawatan air, dibawah adalah video cara proses rawatan air sebelum disalirkan kepada pengguna.
No comments:
Post a Comment